=.=’

22 12 2008

Gomen-ne minna

As if there’s minna in my blog here, I just assume there is readers…haha

I am too busy and too lazy…well…more lazy than busy to update this blog. Nothing new happening.

No outing…

No cooking bento…

But there is a LAN party organize by the tenants where I am staying right now but I don’t want to talk about it. haha

OH! KAT-TUN release a new single for Christmas and it’s called White X’mas. The song are nice and the melody are soothing but the lyrics, I dunno Japanese but due to the translation that some provided, it is quite sad. Something about a lover waiting for his lover but she din’t came or something like that. Wakanai~

Anyhow, I hate Junno’s and Koki’s new image. They seems dull compare to others…oh well….its their style. There’s nothing I could do aite?

What’s more…………..

Hmmmm………

Nothing more……I guess?

Oh…. Happy Christmas to whoever that celebrate it and I’m gonna go back to my hometown o this Wednesday and coming back to Melaka on Monday. Till then, ja ne~

save

Advertisements




GACC 2008

5 03 2008

GACC = Games Anime Comic Circle

GACC berlangsung pada 1 & 2 March 2008. Agak ramai la jugak manusia yang hadir. Some of my frens cosplaying kat GACC. Pada hari pertama GACC, x banyak sangat benda yang happening melainkan pasukan SWAT datang dgn penuh bergaya, opening ceremony dan jalan2 tgk doujin.

Hari kedua lak, banyak cosplayer datang sebab ada seiyuu datang. Semua gempak2 la, especially masa salah satu SWAT member ngan Hard Gay menari Lucky Star. Memang gila kelakar.

Memperkenalkan some of my frenz yang cosplaying:

 My sayangness, TKsan as Crusader from Ragnarok Online

Ikan as Captain Hitsugaya in Bleach

Ren as Ulquirra(btol ke eja nama mamat nie?) in Bleach
Bakudan as >.< x taw as apa…sorry bakudan




Murtad di MMU

16 05 2007

 taken at Harian Metro Online

MMU, UMS diarah siasat dakwaan penuntut murtad

PUTRAJAYA: Pengurusan Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Cyberjaya, dekat sini, diarah melakukan siasatan segera dan terperinci berhubung dakwaan seorang penuntutnya yang beragama Islam murtad.


Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba, berkata pihaknya akan meminta Presiden MMU, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, menyiasat perkara itu.

“Kami mahu siasatan dijalankan segera bagi memastikan kebenaran dan mengambil tindakan yang perlu.

“Perkara yang membabitkan isu sensitif seperti ini perlu diselidik dengan teliti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas isu seorang penuntut yang dipercayai siswa MMU mengisytiharkan dirinya murtad menerusi satu kenyataan dalam laman blog miliknya.

Dalam laman blog penuntut terbabit yang disiarkan Ahad lalu, dia mendakwa sudah keluar daripada Islam kerana tidak mempercayai beberapa hukumnya.

Penuntut lelaki terbabit yang mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal di universiti berkenaan mendakwa tindakan mendedahkan dirinya murtad menyebabkan dia menerima mesej ugutan bunuh biarpun bukan bertujuan menghina orang lain.

Dakwanya, dia kini berfahaman atheis yang tidak mempercayai agama walaupun namanya merujuk kepada nama seorang Islam.

“Saya melihat apa yang saya lakukan ini salah kecuali mahu menjadi diri saya sendiri.

“Saya faham ada yang mahu membantu dan saya menghargainya. Tetapi, sesiapa yang mahu membunuh saya atau merancang menyakiti saya dan ada yang cuba memalukan saya, ia memang tidak berbaloi,” katanya yang berasal dari Petaling Jaya.

Tindakannya membuat pengakuan murtad secara terbuka dalam laman blognya itu menyebabkan ramai rakannya berusaha memujuknya kembali ke pangkuan Islam.

Mengulas isu sama, Dr Adham mendedahkan pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga diarah menyiasat tindakan seorang penuntutnya beragama Islam, murtad.

“Penuntut ini dipercayai murtad selepas bergaul dengan rakannya daripada agama lain,” katanya.

Ditanya sama ada kes murtad di kalangan penuntut pengajian tinggi di negara ini mencapai tahap serius, beliau berkata, ia adalah kes terpencil.

“Kami mempunyai maklumat, ia adalah kes terpencil,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai di Bahagian Perhubungan Awam MMU ketika dihubungi Harian Metro, petang semalam, berkata mereka akan melakukan siasatan mengenai perkara itu terlebih dulu.

Bagaimanapun, berikutan gangguan sistem komputer di universiti terbabit, nama penuntut terbabit gagal dikesan.

Read the rest of this entry »