Murtad di MMU

16 05 2007

 taken at Harian Metro Online

MMU, UMS diarah siasat dakwaan penuntut murtad

PUTRAJAYA: Pengurusan Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Cyberjaya, dekat sini, diarah melakukan siasatan segera dan terperinci berhubung dakwaan seorang penuntutnya yang beragama Islam murtad.


Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba, berkata pihaknya akan meminta Presiden MMU, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, menyiasat perkara itu.

“Kami mahu siasatan dijalankan segera bagi memastikan kebenaran dan mengambil tindakan yang perlu.

“Perkara yang membabitkan isu sensitif seperti ini perlu diselidik dengan teliti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas isu seorang penuntut yang dipercayai siswa MMU mengisytiharkan dirinya murtad menerusi satu kenyataan dalam laman blog miliknya.

Dalam laman blog penuntut terbabit yang disiarkan Ahad lalu, dia mendakwa sudah keluar daripada Islam kerana tidak mempercayai beberapa hukumnya.

Penuntut lelaki terbabit yang mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal di universiti berkenaan mendakwa tindakan mendedahkan dirinya murtad menyebabkan dia menerima mesej ugutan bunuh biarpun bukan bertujuan menghina orang lain.

Dakwanya, dia kini berfahaman atheis yang tidak mempercayai agama walaupun namanya merujuk kepada nama seorang Islam.

“Saya melihat apa yang saya lakukan ini salah kecuali mahu menjadi diri saya sendiri.

“Saya faham ada yang mahu membantu dan saya menghargainya. Tetapi, sesiapa yang mahu membunuh saya atau merancang menyakiti saya dan ada yang cuba memalukan saya, ia memang tidak berbaloi,” katanya yang berasal dari Petaling Jaya.

Tindakannya membuat pengakuan murtad secara terbuka dalam laman blognya itu menyebabkan ramai rakannya berusaha memujuknya kembali ke pangkuan Islam.

Mengulas isu sama, Dr Adham mendedahkan pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga diarah menyiasat tindakan seorang penuntutnya beragama Islam, murtad.

“Penuntut ini dipercayai murtad selepas bergaul dengan rakannya daripada agama lain,” katanya.

Ditanya sama ada kes murtad di kalangan penuntut pengajian tinggi di negara ini mencapai tahap serius, beliau berkata, ia adalah kes terpencil.

“Kami mempunyai maklumat, ia adalah kes terpencil,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai di Bahagian Perhubungan Awam MMU ketika dihubungi Harian Metro, petang semalam, berkata mereka akan melakukan siasatan mengenai perkara itu terlebih dulu.

Bagaimanapun, berikutan gangguan sistem komputer di universiti terbabit, nama penuntut terbabit gagal dikesan.


Well, what could I say. Murtad kat MMU and he is actually one of my friend. Terkejut jugak la bila dengar and I was wondering what will he do and what he will face in the future.

That guy, I know him as someone that happy,funny and easy to be friend with. Well, he still is, I guess. Just me doakan dia that he will be happy with his decision. I guess, there’s nothing that I could do than just observe it.


Actions

Information

8 responses

17 05 2007
cholic

ohhh.. wow.. he can just say that he’s murtad openly D:
whatever his decision is, other people should respect

17 05 2007
EvA

Well, it is Malaysia. Something about ‘murtad’ will be taken very2 seriously. Its up to him now.

BTW, thx for commenting…. ‘peace’

18 05 2007
cholic

i know it’s a serious case but he have the guts to tell people that he’s murtad. Kindda shocking to me & it’s in MMU:/
And no prob buddy😀

19 05 2007
EvA

Yah….kinda shock when I hear about it….dunno what to think either. Well, I guess we just gonna sit tight and watch the show….hehe

24 05 2007
Lee Novotny

Very very shocking indeed! is he the one that has a blog?? I think I have been to his blog but now blog tu hanya untuk invitation only rasanya..betul tak Eva???

See this is a thing; when he/ she does not believe in his/ her religion, he/she will either berdiam diri atau isytihar. Masalahnya kerajaan tau tak laaagi ramai yang tak ishtihar dan tak sedar dalam diam diam pun murtad jugak (dari segi perbuatan). nauzubillah!

24 05 2007
EvA

Yah, he’s the one who have blog. It called the Awakening. Tapi dah private. Only invitation…

19 07 2007
ms. soning

what u shocking bah…. kita manusia biasa. for me..itu normal. kenapa Kristian boleh murtad dengan agamanya.. islam pun manusia biasa juga la. so.. no komen lah. yang penting u jaga diri sendiri dan kepercayaan u lah. jangan campur sangat urusan orang lain

19 07 2007
EvA

To Ms. Soning…

Bukan campur urusan orang lain but as his friend we can’t help and worry about him…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: